Wednesday, 12 November 2014

PERCUTIAN KETIKA HAMIL ??

ASSALAMUALAIKUM,, 

Harini entry pasal pergi bercuti ketika hamil,, hahha seriusly ?


Siapa cakap wanita hamil tak boleh pergi bercuti??  Wanita nie pantang tau kalau di ajak pergi berjalan,, tak kisah la walau die tengah pregnant sekali pon.. hahaha al maklumlah,, bercuti nie merupakan aktiviti yang paling disukai wanita,, especially kalau pergi kat tempat-tempat yang boleh membeli-belah kan,, lagi excited nak pergi..

Okay,, since saya nak pergi vacation on this weekend,, sempat jugaklah searching kat google tentang tips-tips and persediaan diri untuk ibu mengandung yang nak pergi bercuti.. My baby boomb dah almost 3 months ++ lebih kurang 15 week la,, so kandungan dah dalam trimester kedua and kena jugak lah berhati-hati kalau nak pergi bercuti.. Wanita hamil memang tidak digalakkan untuk pergi bercuti ke tempat yang jauh-jauh,, lagi-lagi yang kene naik flight.. huuu seram rasa kalau naik fight time pregnant kan (walaupun xpernah rasa pon) haha.. Kalau tak silap,, untuk wanita hamil yang kandungannya dah almost 35 week and above,, mereka tidak dibenarkan untuk naik flight,, rasanya lah.. huuu

Tapi ianya cuma tidak digalakkan,, bukannya tak boleh kan.. So,, untuk wanita-wanita yang pregnant yang nak pergi bercuti,, kenalah buat persediaan awal.. Persediaan dari segi mental dan fizikal.. Normally,, wanita pregnant pasti tak kan tahan lama untuk duduk dalam kereta,, atau mengadap perjalanan yang jauh.. Mual-mual,, loya atau pening adalah risiko utama yang wanita hamil perlu hadapi.. So,, tidak kira sama ada bercuti di luar negara atau di dalam negara,, percutian tersebut perlulah dirancang dengan teliti.. okay,, kat bawah nie nak share sikit tips-tips yang saya rasa amat sesuai untuk saya before pergi bercuti ni kan.. Selain itu,, diharap jugak tips-tips ini dapat membantu ibu hamil yang lain berasa yakin dalam membuat persediaan sebelum bercuti..

  • First yang paling penting adalah buku laporan kesihatan. Pastikan buku tersebut dibawa sepanjang anda bercuti. Buku tersebut amat penting sekiranya berlaku sebarang masalah sepanjang percutian anda kerana doktor perlu mengetahui keadaan kesihatan serta kandungan anda.
  •  Persediaan diri untuk keselesaan sendiri contohnya pakaian yang longgar dan selesa serta dapat menyerap peluh dengan baik. Elakkan memakai pakaian yang ketat yang boleh menyukarkan keadaan anda untuk bergerak.          
  • Amalkan meminum air masak atau mineral secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan air yang cukup penting untuk memastikan anda lebih sihat dan ceria sepanjang percutian terutama apabila anda berada terlalu lama bersama penghawa dingin.
  • Rancang perjalanan anda sebaik mungkin. Berhenti rehat untuk ke tandas dan melakukan beberapa aktiviti regangan untuk segarkan badan seperti melunjurkan kaki dan sebagainya.
  • Jangan duduk dalam satu posisi terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan kekejangan atau kebas.
  • Jaga pemakanan anda. Pastikan makanan yang anda makan bersih serta mempunyai zat dan makanlah mengikut waktu yang teratur. Jangan biarkan perut anda kosong. Anda juga perlu membawa bersama makanan ringan atau snek seperti biskut dan buah-buahan kering yang boleh dimakan sepanjang perjalanan.

have a nice day !!



Saturday, 8 November 2014

BUBUR AYAM SIMPLE MALAS-MALAS

ASSALAMUALAIKUM,,

Hiii,, this is my first recipe yang I share kat sini.. Since tinggal sorang2 kat rumah kan,, bila malas melanda masak benda yang simple2 jekk.. hahaha okey lets check it out!! But recepi ni utk sorang makan jek tau,, tapi boleh dua kali makan kott.. huhuuu


BAHAN-BAHAN

Sedikit Ayam di potong kecil
Air untuk merebus ayam
Beras 1 cawan jek
Minyak masak 1 sudu besar
1 Ulas bawang besar
2 Ulas bawang putih
2 inci halia
Lobak merah / Kentang / Kacang Panjang
Kobis / Sawi
Garam secukup rasa
Lada hitam ditumbuk
Kiub pati ayam / perasa ayam


CARA-CARA
  1. Rebuskan ayam yang telah dipotong.. Tak payah rebus lama sangat,, cukuplah sekadar air rebusan masak dan mendidih.. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan,, air rebusan jangan dibuang ya..
  2. Basuh beras hingga bersih..
  3. Panaskan minyak untuk menumis,, kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.. Masukkan halia,, ayam yang telah direbus dan kacaukan rata..
  4. Setelah itu,, masukkan beras yang telah dibasuh serta air rebusan ayam tadi.. Kacaukan dengan api yang sederhana / kecil..
  5. Kemudian masukkan lobak merah / kentang / kacang panjang yang siap dipotong dan dibasuh bersih.. (Kalau sayur-sayuran keras macam nie better masukkan awal supaya ia empuk,, tapi kalau sayur-sayuran yang macam kobis ke sawi atau sayur2 lain yang lebih lembut,, saya biasa masukkan last sekali supaya sayurnya tak benyek sangat)..
  6. Then,, masukkan garam dan lada hitam secukup rasa serta kiub pati ayam / perasa ayam..
  7. Biarkan mendidih dan tambahkan air sehingga beras menjadi kembang.. kacau sekali-sekala..
  8. Agak-agak ayam,, dah sayur-sayuran dah lembut boleh la tutup api dan hidangkan..
  9. Lagi sedap kalau dihidangkan dengan daun sup dan bawang goreng atau dengan ikan bilis yang telah digoreng..


          Selamat Mencuba !!


nie bubur cara saya,, tapi time nie memang tak ade hias2 lah,, 
siap jek terus ngapp.. hahah



Friday, 7 November 2014

My Handsome BOY !!

JUST SHARING..

Assalamualaikum,,

Just sharing only,, about my little handsome boy..
Muhammad Farish Hakimi,, >_<


Dah besar dah anak mama,, pada hal dulu mase kecik punye lah lama nak tunggu die besar.. n now rase mcm cepat pulak die membesar.. hahaha rasenye tue lah ape yg semua mother2 rasekan.. hmm dulu2 xsabar betul rasenye nak tunggu die pandai cakap,, but now bila dah petah bercakap,, nauzubillah asek membebel jek keje die.. ade jek bende yg die nak ckp menyampuk time org berbual.. hahaha but seriously it’s funny,, and it’s one of my sweet experience that will not be forgotten!!

This December,, genaplah umur dia 4 tahun.. Tp badan die membesar macam dah 6 tahun sekarang nie.. hahaha factor genetic maybe,, my husband badan agak berisi and me memang tinggi.. So,, that’s why maybe die nampak lebih besar dr kawan2 sebaya die..

Tengok gambar kat bawah nie jek pon dah nampak die lagi besar kan? Padahal Shauqi nie pon lahir tahun yang sama and bulan yang sama dengan my son.. hahaha


My handsome boy with his friends,, Shauqi Aissar.. Bila dah besar dah pandai bergaya,, macam2 dah pandai.. huhu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...