Wednesday, 12 November 2014

PERCUTIAN KETIKA HAMIL ??

ASSALAMUALAIKUM,, 

Harini entry pasal pergi bercuti ketika hamil,, hahha seriusly ?


Siapa cakap wanita hamil tak boleh pergi bercuti??  Wanita nie pantang tau kalau di ajak pergi berjalan,, tak kisah la walau die tengah pregnant sekali pon.. hahaha al maklumlah,, bercuti nie merupakan aktiviti yang paling disukai wanita,, especially kalau pergi kat tempat-tempat yang boleh membeli-belah kan,, lagi excited nak pergi..

Okay,, since saya nak pergi vacation on this weekend,, sempat jugaklah searching kat google tentang tips-tips and persediaan diri untuk ibu mengandung yang nak pergi bercuti.. My baby boomb dah almost 3 months ++ lebih kurang 15 week la,, so kandungan dah dalam trimester kedua and kena jugak lah berhati-hati kalau nak pergi bercuti.. Wanita hamil memang tidak digalakkan untuk pergi bercuti ke tempat yang jauh-jauh,, lagi-lagi yang kene naik flight.. huuu seram rasa kalau naik fight time pregnant kan (walaupun xpernah rasa pon) haha.. Kalau tak silap,, untuk wanita hamil yang kandungannya dah almost 35 week and above,, mereka tidak dibenarkan untuk naik flight,, rasanya lah.. huuu

Tapi ianya cuma tidak digalakkan,, bukannya tak boleh kan.. So,, untuk wanita-wanita yang pregnant yang nak pergi bercuti,, kenalah buat persediaan awal.. Persediaan dari segi mental dan fizikal.. Normally,, wanita pregnant pasti tak kan tahan lama untuk duduk dalam kereta,, atau mengadap perjalanan yang jauh.. Mual-mual,, loya atau pening adalah risiko utama yang wanita hamil perlu hadapi.. So,, tidak kira sama ada bercuti di luar negara atau di dalam negara,, percutian tersebut perlulah dirancang dengan teliti.. okay,, kat bawah nie nak share sikit tips-tips yang saya rasa amat sesuai untuk saya before pergi bercuti ni kan.. Selain itu,, diharap jugak tips-tips ini dapat membantu ibu hamil yang lain berasa yakin dalam membuat persediaan sebelum bercuti..

  • First yang paling penting adalah buku laporan kesihatan. Pastikan buku tersebut dibawa sepanjang anda bercuti. Buku tersebut amat penting sekiranya berlaku sebarang masalah sepanjang percutian anda kerana doktor perlu mengetahui keadaan kesihatan serta kandungan anda.
  •  Persediaan diri untuk keselesaan sendiri contohnya pakaian yang longgar dan selesa serta dapat menyerap peluh dengan baik. Elakkan memakai pakaian yang ketat yang boleh menyukarkan keadaan anda untuk bergerak.          
  • Amalkan meminum air masak atau mineral secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan air yang cukup penting untuk memastikan anda lebih sihat dan ceria sepanjang percutian terutama apabila anda berada terlalu lama bersama penghawa dingin.
  • Rancang perjalanan anda sebaik mungkin. Berhenti rehat untuk ke tandas dan melakukan beberapa aktiviti regangan untuk segarkan badan seperti melunjurkan kaki dan sebagainya.
  • Jangan duduk dalam satu posisi terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan kekejangan atau kebas.
  • Jaga pemakanan anda. Pastikan makanan yang anda makan bersih serta mempunyai zat dan makanlah mengikut waktu yang teratur. Jangan biarkan perut anda kosong. Anda juga perlu membawa bersama makanan ringan atau snek seperti biskut dan buah-buahan kering yang boleh dimakan sepanjang perjalanan.

have a nice day !!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...